right here ... ----->

hi ! follow ? please ?
will you ??? .. follow follow follow .MEH... haha .. TQ !

Tuesday 17 January 2012

"Erissa" Part 2


BAB 2

Alhamdulillah, sampai jugak aku kat bangunan pejabat ni, walaupun lambat 5minit.Tapi masaalah nya baru sampai kat bangunan, office aku nak kena cari lagi.Tingkat berapa? pintu berapa? itu ini....
"Dik, dah sampai ni.Tak reti-reti nak bukak pintu ke? Akak pun kena pergi kerja jugak" suara Kak Sya menghentikan lamunan ku.
"Yela Kak.Nak turun la ni, orang gi dulu eh.Balik nanti jangan lupa amik." Balasku sambil menghulurkan tangan ingin menyalam Kak Sya.Kak Sya menangguk menandakan setuju lalu menyahut salaman ku.
Nervous lah pulak dah sampai sini, macam mana nak cari office aku ni? aduhai... Aku berjalan menuju ke kaunter reception.
"Excuse me, where's the office is?" Aku bertanya kepada petugas di kaunter sambil menunjukkan alamat yang dipegang.
"It's stated on the 3rd floor.You may use the lift over there." kata petugas wanita itu sambil tersenyum menjawab pertanyaanku.
Aku lantas terus menuju ke pintu lif yang berada di sebelah kiri kaunter.Nak cepat sangat sampai lupa pulak nak cakap Thanks kayu kat receptionist tadi.Takpe la, balik nanti aku singgah.Janji aku cakap daripada tak buat langsung.
Okayh.Dah sampai pun tingkat 3, aku berjalan menuju ke pintu masuk. Ahh sudah, tempat aku pulak tak tau kat mana.
First day jugak lah macam-macam nak jadi, taknak lah orang cakap aku ni seorang yang tak serius dalam pekerjaan.Sedang aku sibuk memikirkan arah untuk dituju tiba-tiba datang seorang wanita yang berpakaian kemas.
"Boleh saya bantu cik?" tanya dia kepada ku,
"Errr, saya secretary baru kat sini." jawabku.
"Oh, mari ikut sini." Aku terus mengikuti pergerakkan nya ke sebuah ruangan yang berada betul-betul  bersebelahan dengan bilik Bos.Cantiknya bilik Bos ni, siap ada langsir gelap lagi, baru la dapat privacy.
"This is your place,selamat datang ke Syarikat kami.Wish you all the best, btw my name is Maya.Nice to meet you Miss Arissa." Seloroh Maya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Nice to meet you too Maya, thankyou for showing my place." Aku membalas kata-katanya sambil menyahut tangan Maya.
Cantik jugak office ni, besar lagi tu, lagi besar dari Butik Kak Sya yang kononnya glamour habis tu.Ish, mengutuk Kak Sya pulak aku ni.Kalau ikut cakap staff-staff kat office ni Bos aku Encik Eric belum balik Malaysia.Almaklumlah, kalau dah jadi anak orang kaya ni belajar semua sampai Oversea.Bak kata Kak Sya duit terlebih.
Dari pagi sampai ke tengah hari kerja aku susun fail jer, lepas tu fotostat tu, fotostat ni, takde la banyak mana pun kerja nak kena buat sementara tunggu Encik Eric balik Malaysia ni.Tengah aku duk membebel sorang-sorang, tiba-tiba muncul pulak si Maya.
"Arissa, hai.Nanti kau tolong kemas fail yang ada kat atas meja Bos tu eh? dia nak balik Malaysia dah.Thanks." Beritahu Maya kepada ku sambil tersenyum.
"Okayh.." jawabku perlahan sambil memuncung kan bibir.
Maya tersenyum melihat tingkah laku ku dan meneruskan perkerjaannya.Aku menjejakkan kaki ku ke dalam bilik Bos, dari luar memang nampak biasa jer, tapi bila masuk dalam mak aii! besar siot....Eksklusif lagi tuh, jelousnya aku tengok.
Letak fail sana, letak fail sini, ada la dekat sejam setengah jugak aku duk mengemas kat dalam bilik ni.Akhirnya selesai 'Operasi Mengemas' aku, kemas, kemas jugak tapi gambar Encik Eric takde.Aku nak jugak tengok gambar Bos aku, mana tau handsome boleh la buat calon suami.Eihhh, ke situ pulak aku ni. Dah dah Arissa! fokus on your works.Go go Chayok!!
Tiba-tiba aku terdengat ketukan dari pintu bilik,
"Arissa, pergi lunch jom?"
Eh...suara cam kenal jer.Siapa erk?
"Siapa tu? Maya ke?" tanyaku kembali.
"Yurpp! nak tak pergi lunch?" tanya Maya lagi sekali.
"Nak la! kejap-kejap." Aku terus membuka pintu bilik dan menuju ke cafeteria bersama Maya.Dalam perjalanan nak ke cafeteria tu sempat jugak la Maya cerita serba sedikit pasal dia kat aku....(bersambung)

Sunday 15 January 2012

Erissa .

Part1 dah pun sy post kelmarin, insyaallah part2 akan sy post sebelum hari rabu ni.so.tunggu tau!!! haha. kalau lepas ni ade sesape nk sy tulis novel the watak tu nk ltk nama dia pun boleh.tapi lambat lagi lah alamatnye, sebab novel "Erissa" ni pun baru je mula tulis.So, smpai sini jelah perkembangan untuk novel pertama saya. Jumpa lagi nanti kayhh guys =)

Sambungan BAB1 novel 'Erissa' by IqaMay


Kalau aku jadi Kak Sya aku dah tonyoh-tonyoh muka mamat tu! Tak paham bahasa betul! orang kata taknak,taknak je lah. Perosak suasana betul lah!
Aku meletakkan asam pedas buatan Cik Yati tadi ke atas meja dan berlalu pergi menuju ke sofa tempat Kak Sya landing ibarat ikan duyung.
"Kak,dah la tu.Tak payah nak layan sangat mamat senget tu." sergah ku.
"Eh eh,bila masa pulak kau masuk? curi dengar perbualan akak pulak tu. Tak baik tau."
Hai Kak Sya ni,bila masa pulak aku curi dengar? Dah tiap-tiap hari pun muka macam tu kalau phone ada kat tangan. Konpem la aku tau. Ish,Kak Sya,Kak Sya.
"Kak,Asam Pedas tu." aku memuncung kan bibir sambil memberi isyarat ke meja makan.
Tanpa mempedulikan aku yang tengah memuncung,Kak Sya bergerak ke Meja makan. Amboi,lupa terus kat aku. Kurang asam punya kakak.
Jawabnya aku jugak la yang kena masak sayur kangkung kat dapur tu sorang-sorang.
Selesai masak,aku dengan Kak sya duduk di meja makan. Selalunya Kak Sya ni nak kena panggil dulu baru sampai. Hari ni tak payah panggil dah duduk kat depan asam  pedas Cik Yati tadi.Sebelum makan macam biasa lah, baca doa dan dimulakan dengan bismillah.
Selesai makan,kemas meja,cuci kuali dan sebagainya,aku terus masuk ke bilik.Sedap betul asam pedas Cik Yati masak.Sampai sekarang pun terasa kenyang lagi perut aku ni.Alhamdulillah,ada jugak rezeki dapat makan sedap-sedap.Dah duduk dalam bilik ni baik aku tulis balik puisi aku tadi.
Bagai cahaya yang menyinari gelita di malam hari,
begitulah dikau yang menyinari hidup ku,
bagai dedaun yang berguguran di musim luruh,
begitulah daku tanpa dirimu,
bagai, bagai, bagai, bagai....bla bla bla.
Hah!Aiseyman,boleh tahan jugak aku punya ayat.Seronok betul dapat siapkan puisi ni.Dalam banyak-banyak puisi,yang ni lah yang paling jiwang meleleh,aku takde la minat jiwang-jiwang ni.
Malam ku dihabiskan dengan menulis puisi-puisi yang aku tak tahu apa faedahnya nanti.
Tulis punya tulis,dah pukul 1pagi. mata pun dah tak larat nak terus stay bukak.Dengan lemah lagi lembik aku menyimpan alatan tulis dan meneruskan tidurku. Sedap betul tidur.Mimpi jumpa Prince Charming lagi tu...
"NURUL  ARISSA!!!!" jeritan tsunami dari Kak Sya kedengaran.
aku yang tengah enak dibuai mimpi terkejut lalu terjatuh dari katil empuk ku.
"Kak! apa ni? jerit-jerit pulak.Sakit tau tulang belakang ni." Balasku dengan suara serak baru bangun dari tidur.
"Eh, orang dah tolong kejutkan main komen-komen pulak kau ye. Dah pukul 7.30 pagi ni, kau masuk kerja pukul berapa dik?"
Aku tercari-cari jam tangan yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil ku.
Alamak! lambat dah! Arissa apa kau ni.Takkan la nak datang lambat first day start kerja,Aduh!
"Kak! asal tak kejut Ris awal-awal? orang lambat masuk kerja nanti macam mana? Orang masuk kerja pukul 8suku lah kak." seloroh ku.
Kak Sya mengeluh sambil menggeleng kan kepalanya lalu melangkah pergi dari bilikku.Aku pulak kelam kabut menggelabah nak siap-siap pergi office.
Selesai mandi pelbagai aku cepat-cepat turun tangga,baru je kaki ku nak jejak keluar dari rumah,Kak Sya menahan ku.
"Nak pergi office naik apa dik?" tanya Kak Sya kepada ku.
"Teksi la Kak.Nak cepat,mana boleh naik bas" pantas aku membalas.
Kak Sya Ketawa kecil lalu mempelawa aku untuk menaiki kereta Myvi nya yang comel gitu. Bagi aku kereta Myvi ni memang comel,suka sangat!
"Tu la kau,syok sangat tidur.Dah jom la akak hantar"
Wah wah.. first day masuk kerja siap ada driver lagi, best best best. Ish suka la pulak aku ni, kang masuk office lambat macam mana? hah? siapa nak jawab?. Mintak-mintak la bos aku tak sampai lagi. Amin....

Novel Erissa by IqaMay part1 =)

Hye korang! so, ni adalah novel pertama ciptaan sy sndiri jadi sorry la klau ade ayat yg tunggang terbalik sikit.hee =D anyway, cerita ni mengenai seorang gadis yg bernama Nurul Arissa,Arissa berkerja sebgai sorang secretary di sebuah syarikat antarabangsa milik bapa Eric Danial.Eric Danial pula merupakan anak emas kepada Datin Natrah dan Dato Amran.Eric juga adalah Bos/majikan kepada Arissa,walau bagaimanapun satu kemalangan kecil telah berlaku pada suatu pagi ketika Arissa berada di sebuah cafe yg melibatkan Eric.Oleh kerana bengang dengan sikap Eric yg enggan meminta maad di atas kesalahannya temph hari Arissa enggan menanggap Eric sebagai majikannya sebagaimana pekerja-pekerja lain.Mulai dari saat itu Arissa dan Eric sering bertekak hingga lah suatu hari mereka dijodohkan oleh Datin Natrah dan kakak saudara Arissa iaitu Nur Batrisya/Kak Sya.Kak Sya dan Natin Natrah sudah lama kenal antara satu sama lain,mereka juga merupakan rakan perniagaan sebuah butik pakaian. Apakah Eric dan Arissa dapat berbaik dan mula memahami antara satu sama lain, ataupun mereka masing-masing akan membiarkan ego mengawal perasaan? (So, sy harap sangat2 sesipa yg dh start baca tuh teruskan mmbaca sehingga episode terakhir.)---->

BAB 1
Bagai cahaya yang....
Begitulah dikau....

Bagai...
"Arissa! turun bawah sekarang.Kau buat apa lama-lama kat dalam bilik tu hah?"
Adus, baru start nak tulis dah kacau line Kak Sya ni.
"yela,otw ni.Hah gaponya? kecoh macam ribut taufan melanda?"
"Amboi, sedap kau menjawab eh? pergi masak kat dapur tu cepat." Balas Kak Sya sambil memberi isyarat ke dapur.
Asyik aku je yang kena masak. Ni kes tak reti nak masak lah ni.Dengan pergerakkan yang slow tahap maksima aku senteng kan lengan baju dan memulakan 'operasi memasak'.
Mula-mula kumpul bahan-bahan dulu,kemudian potong bawang,lepas tu sayur,lepas tu....eh?
"Kak,ikan takde eh?" tanyaku.
"Ikan takde la dik,akak lupa nak pancing tadi" seloroh Kak Sya.
Alahai Kak Sya ni,buat loya buruk pulak. Aku dah la tak makan sayur, bukannya cerewet tak nak makan sayur tapi dah memang sejak azali lagi aku tak reti makan sayur nak buat macam mana kan? Jangan cakap ikan,ayam,udang semua pun tak ada.Tak ingat ke adik saudara dia yang kiut miut ni? sayur hijau ni jugak dia beli.
"Kak ooo akak...akak turun la! tolong orang masak." dengan membawa bawang besar dan pisau ke ruang tamu aku memekik memanggil Kak Sya.
"Alah,kau masak la sendiri dik.Eh? yang kau bawak pisau sampai ke depan ni apesal?" tanya Kak Sya.
"Takde apa,takut in case nak kene paksa akak tolong orang masak.Dah jom la!" Aku ke dapur dan mula memasak.
Kak Sya mengeluh sambil membuntuti diri ku ke dapur.
Jangan tau makan aje, sekali sekala kena la tolong masak kan? Nasik baik ada chef yang terel lagi comel macam aku ni.Kalau tak kering lah poket Kak Sya tiap-tiap hari nak makan kat luar. Kak Sya ni panggilan je ‘KAKAK’ tapi aku yang kena jaga makan minum dia. Masak pun tak reti, kalau takat potong-memotong reti la.
"Kak Sya,hari ni kita nak masak.." ting tong ting tong.
Belum sempat aku menghabiskan ayat-ayat ku loceng pintu dibunyikan.
Alah,siapa pulak yang datang senja-senja ni.Kacau aje orang nak masak.
"Assalammualaikum." terdengar salam diberi dari luar pintu rumah.
"Walaikummus...sa..lam." Eh? mana pulak orangnya? Mesti kerja budak-budak ni,suka sangat main tekan-tekan loceng rumah orang. Belum sempat aku meneruskan langkah ku kedalam,tiba-tiba..
"Ris! nak ke mana tu? sini lah." terdengar suara dari sebelah rumah.
"Eh,Cik yati. Acik ke yang bagi salam tadi?" tanyaku penasaran.
"Ni hah, acik nak bagi Asam Pedas. Baru masak tadi,ada banyak,acik bagi kat kamu jelah" seloroh Cik Yati.
Soalan aku tadi tak dijawabnya,tau-tau je cakap pasal Asam Pedas.Ahh,whatever la.Rezeki jangan ditolak kan?
"Ermm..bestnyer,lama tak makan Asam Pedas.Terima kasih ye cik,mesti licin mangkuk ni kejap lagi. Jawabku sambil tersenyum lebar.
Cik Yati ketawa ketawa kecil dan berlalu masuk ke rumah.Rumah Cik Yati  kat sebelah aje,bukannya jauh pun. ummphh... sedapnya bau.
Tak sabar pulak nak makan,kalau bagi tau Kak Sya ni mesti dia happy gila! Mana tak nya,dah lauk favourite dia.
Belum sempat aku nak menegur Kak Sya, aku terdengar Kak Sya membebel sorang-sorang. Muka Kak Sya sedih je,handphone pulak tengah pegang kat tangan.Haish! ni tak lain tak bukan mesti gara-gara ex-boyfriend dia tu.....(bersambung)

Saturday 14 January 2012

It's nothing, just me and ...IT

Assalammualaikum, so, It has been a long time since tha last time i visited my blog. if A blog is like A box im pretty sure it'll be full with spiders nest and dusk x)
anyway, this year, is the year that i wont be able to always smile and hyper as i always do, I'm not a smarty pant, I'm not a nerd(I am not saying anything bad bout nerds), I'm just.... ME. I'm afraid that i wont pass my PMR,Im afraid that i couldn't reach my target for PMR and I'm afraid if I'll disappointed my parents. Iam focusing on my learning this year but the past two years? i was being stupid. i didn't think about the needed of focusing on my learning. I can tell you guys that i didn't know almost everything that my teacher had teach the last two years, and now what could i do? NOTHING! i just wish i wasnt so stupid for being such an ass in form1 and 2 =/
I just hope anyone that read this could pray for me and wish me all the best for the most important exam of this year in my life.